Guna Facebook untuk update status, kadar setiap status minima setiap sejam satu status; upload photo albums, comment dan like status/komen/gambar/wall posts/etc. kawan-kawan, dan sebagainya.
Guna Twitter untuk tweet, apa saja yang kau rasa nak tweet silalah tweet, akaun kau punya, bukan aku yang bayar. Kadar satu tweet mungkin setiap 5 minit satu tweet, bergantung kepada berapa ramai jumlah following kepada follower kau. Kalau dia follow sikit, kau dianggap spamming timeline. (But this is hardly the case. If you're spamming the timeline, you are spamming the timeline. Regardless the follower/following counts.)
Guna blog untuk menaip apa sahaja yang sedang difikirkan, membaca blog orang lain, menghias blog dengan cantik, menambah widget-widget yang kadang-kadang tidaklah perlu pun tapi silakan aje nama pun blog kau bukan blog aku. Kadar mengupdate blog adalah terpulang, sehari sekali pun mencukupi.
Guna Foursquare untuk check-in to places you go, untuk kumpul points, and unlock badges. Kadar setiap check-in maybe setiap sejam dua satu check-in, takkan pukul 9 kau check-in kat KLCC pukul 10 kau check-in Genting pulak. Contoh.
Guna WhatsApp untuk berchatting dengan rakan-rakan yang tidak menggunakan BlackBerry (maka mereka tiada BBM). Kadar nak WhatsApp ikut suka kau lah. Kadar tukar status, aku tak tahu sebab aku tak jumpa orang kerap tukar status di WhatsApp.
Guna BBM juga untuk berchatting, dengan rakan-rakan yang menggunakan BlackBerry. Selain itu boleh tukar avatar BBM, update status, display lagu yang sedang didengari di BlackBerry anda, broadcast (stupid) messages kepada semua contacts, join BBM groups, and create a custom chatroom by inviting specific contacts you want to chat with. Kadar berchatting ikutlah suka sebab rugi dah guna BlackBerry murah tak berhubung. Kadar menukar avatar mungkin minima 2 hari sekali. Kadar menukar status mungkin sehari setakat 3 kali.
Menurut apa yang aku faham lah.
Tapi kenapa ada orang update status BBM lebih 20 kali sehari?
Tapi kenapa ada orang update status BBM lebih 20 kali sehari?
Cari medium yang sesuai. Ada Facebook, Twitter, Foursquare etc. Guna setiap networking sites dengan betul. Kalau rajin meng-update status, you might wanna use Twitter instead. Kalau rajin check-in, mungkin Foursquare is more suitable for you than Facebook check-ins. Kalau suka type panjang-panjang melalut-lalut macam aku tengah buat ini, here's a blog.
Malas cakap panjang. Setiap individu lain-lain kisahnya. Kalau recent updates kau lebih 20 kali sehari aku delete je. No hard feelings. Snot like we ever chatted on BBM anyway.
No comments:
Post a Comment