Tuesday, May 31, 2011

Transition

Bila esok nak start praktikal...





Yang mencuakkan



1. Tak tahu employer nanti macam mana, boss garang tak, supervisor kejam tak.


2. Kalau tak boleh bangun pagi macam mana??!


3. Pergi office nak pakai baju apa eh? Soalan bodoh aku tanya Mak aku, "Mak, baju kurung formal tak?" -.-"


4. Nanti nak pergi lunch dengan siapa? Siaaaapaaaa? Nasib baik ada ramai budak batch sama tempat. Phew!


5. Nanti macam mana eh kerja dia? Kena fotostat buat kopi ke kena pergi audit company lain ke kena buat kerja type type ke apa? Siapa nak ajar semua ini? Kalau tak pandai buat macam mana?


6. Nanti colleagues okay tak? macam mana nak mingle dengan dorang ini? Ramainya chinese, aku tak pandai cakap cina! -.-"


7. Ini yang rasa nak belajar pergi kelas baca buku je ini, cuaaaaak lah nak kerja.


8. Habis. Susah dah nak dating.






Yang agak menyeronokkan



1. Pengalaman. Skemanya. -.-"


2. Rasa dewasa tiba-tiba. Panggil I lady okay? Bukan girl girl lagi dah.


3. Boleh melaram dah sekarang. Takde siapa nak kata apa.






Tapi yang paling best is...




















Masyuk.






Heh heh. Selamat berpraktikal my dear friends. Kerja dengan niat ikhlas, bukan kerana wang semata-mata -.-" Cari rezeki yang halal. Jangan nakal-nakal. No flirting though you're hot. Jangan lupa log book, employer evaluation, attendance sheet etc. etc. jangan lupa register course and validate and bayar yuran and belanja saya makan.





Jumpa lagi on March 2012. Salut!

No comments: